Xiaomi Redmi 3S Berharga Bermula RM599 Di Malaysia

Xiaomi Redmi 3S Berharga Bermula RM599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Sep 15, 2016 oleh .

Lanjutan daripada semalam, hari ini Xiaomi Malaysia telah pun mengumumkan penawaran telefon pintar Xiaomi Redmi 3S untuk pasaran Malaysia – dimana ia akan ditawarkan melalui pengedar ERA International Network dan juga Lazada.

Xiaomi Redmi 3S

Xiaomi Redmi 3S merupakan peranti berspesifikasi pertengahan, hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD, cip Snapdragon 430, dan sokongan rangkaian 4G LTE. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 13-megapixel PDAF, dan turut meletakkan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Xiaomi Redmi 3S

Xiaomi Redmi 3S ini akan ditawarkan dalam dua variasi di Malaysia, iaitu versi 2GB RAM dengan 16GB storan pada harga RM599, sementara 3GB RAM dengan 32GB storan pada harga RM699. Ia akan mula dijual bermula daripada 24 September 2016 ini.


TIPS & ULASAN