Microsoft Mula Menawarkan Perisian Desktop Melalui Windows Store

Microsoft Mula Menawarkan Perisian Desktop Melalui Windows Store

Diterbitkan pada Sep 15, 2016 oleh .

Microsoft telah memperkenalkan kedai aplikasi tersendiri untuk komputer, dinamakan Windows Store sejak daripada Windows 8 yang lepas. Namun, ketika itu ia hanya terhad kepada aplikasi memfokuskan kepada Modern UI sahaja, dan perlu dioptimasikan sama untuk pengguna Windows RT.

Namun, kini selepas ketiadaan lagi Windows RT, pihak Microsoft turut telah membuka kepada para pembangun perisian untuk turut menerbitkan perisian desktop penuh ke Windows Store.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna semua aplikasi dan perisian kegemaran anda di desktop akan hadir ke Windows Store. Ini adalah kerana Microsoft memerlukan pembangun mengubah perisian mereka dengan Desktop App Converter sebelum memuat-naiknya ke Windows Store.

Buat masa ini, sejumlah perisian telah dimuat-naik ke Windows Store, termasuk antaranya adalah PhotoScape, Evernote, MAGIX Movie Edit Pro dan beberapa yang lain.


TIPS & ULASAN