Aplikasi HyppTV Kini Tersedia Untuk Pengguna Televisyen Pintar Samsung

Diterbitkan pada Sep 15, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung selain daripada telefon pintar, turut popular dengan penawaran televisyen pintar mereka, iaitu Samsung SMART TV. Terkini, Samsung dan Telekom Malaysia bekerjasama dan telah mula menawarkan aplikasi HyppTV Everywhere untuk pengguna Samsung SMART TV ini.

Samsung HyppTV

Dengan penawaran ini, ia sekaligus membolehkan para pelanggan TM dan juga bukan pelanggan TM untuk mengakses kandungan daripada HyppTV yang meliputi lebih 41 saluran dalam bentuk HD. Samsung akan menawarkan kod khusus untuk para pembeli televisyen baru Smart TV yang terpilih yang memberikan akses kepada HyppTV selama 60 hari.

Penawaran aplikasi HyppTV Everywhere ini sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna Samsung SmartTV – selain daripada aplikasi sedia ada lain, termasuk Netflix dan lain-lain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami