Google, Facebook Dan Lain-Lain Bersatu Membentuk Persatuan Untuk Iklan Web Yang Lebih Baik

Google, Facebook Dan Lain-Lain Bersatu Membentuk Persatuan Untuk Iklan Web Yang Lebih Baik

Diterbitkan pada Sep 16, 2016 oleh .

Perkembangan teknologi membuatkan ramai pengguna kini lebih mudah menggunakan penghalang iklan pada pelayar web mereka, sekaligus membuatkan iklan tidak dipaparkan di beberapa laman web. Ini juga secara tidak langsung memberikan kesan kepada penerbit web dimana mereka tidak boleh menjana wang dan menampung kos operasi mereka.

CFBA

Untuk mengatasi perkara ini daripada berterusan, kini sejumlah pengiklan digital terkemuka bersatu tangan dan membentuk Coalition for Better Ads. Ia disertai oleh sejumlah nama-nama besar web, termasuk Google, Facebook, Unilever, GroupM, IAB, Washington Post, Procter & Gamble dan beberapa yang lain.

Melalui persatuan yang dibentuk ini, mereka ingin memantau kualiti pengiklanan atas-talian, dan akan turut hadir dengan piawaian khusus dalam pengiklanan atas-talian ini. Perkara ini akan dipelajari daripada pelbagai data yang dikumpulkan, selain turut menerima input daripada para pemasar dan pengiklan seluruh dunia.

Persatuan baru ini hadir hanya selepas beberapa hari pihak AdBlock Plus mengumumkan program Acceptable Ads mereka yang akan turut menjual iklan dan memaparkannya kepada pengguna yang menggunakan pemalam penghalang iklan mereka.

Layari : Better Ads


TIPS & ULASAN