Cari @ Amanz

Toyol paten ialah individu ataupun syarikat yang memegang paten tertentu tanpa menghasilkan sebarang produk. Keuntungan didapati dengan meminta bayaran paten dari mereka yang mahu menggunakannya atau memfailkan saman. Februari lalu Apple terpaksa membayar saman $625 Juta kepada VirnetX kerana melanggar paten teknologi VPN. Keputusan kemudian dibatalkan atas sebab teknikal dan kes akan dibicarakan semula 26 September hadapan.

Mahkamah Texas mendapati Apple bersalah menggunakan paten teknologi selular yang dimiliki oleh Acacia Research Corp tanpa kebenaran. Mereka perlu membayar ganti rugi sebanyak $22.1 Juta (~RM 91.4 Juta) kepada syarikat yang juga boleh dikategorikan sebagai toyol paten. Jumlah ganti rugi ini adalah amat kecil jika dibandingkan dengan keuntungan tahunan Apple. Keuntungan yang besar ini jugalah yang menyebabkan Apple semakin kerap menjadi sasaran toyol paten.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd