WhatsApp Beta Untuk Windows Phone Menambah Sokongan OneDrive

WhatsApp Beta Untuk Windows Phone Menambah Sokongan OneDrive

Diterbitkan pada Sep 18, 2016 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan sokongan membuat salinan pendua terus ke storan awan – seperti pada iCloud untuk iOS, dan Google Drive untuk Android. Kini, untuk pengguna Windows Phone, mereka mengintegrasikan sokongan untuk OneDrive pada WhatsApp untuk Windows Phone.

Whatsapp

Sebelum ini, data pada WhatsApp, seperti chat, gambar dan video boleh dibuat salinan pendua – tetapi terhad untuk disimpan pada storan telefon sahaja. Dengan adanya integrasi ke OneDrive, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk membuat salinan data berkenaan ke OneDrive, dan tidak perlu risau sekiranya telefon rosak – atau sekiranya ingin memindahkan data ke telefon pintar yang baru.

Buat masa ini, fungsi ini diuji pada peringkat beta, dan mungkin diperkenalkan kepada semua pengguna Windows Phone tidak lama lagi.

Muat-Turun WhatsApp Beta untuk Windows 10


TIPS & ULASAN