Microsoft Menambah Integrasi Google Drive Dan Facebook Pada Web Outlook.com

Microsoft Menambah Integrasi Google Drive Dan Facebook Pada Web Outlook.com

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

Outlook.com merupakan perkhidmatan emel daripada Microsoft. Melaluinya, Microsoft ingin memudahkan proses berkomunikasi dari hanya satu lokasi tanpa memerlukan pengguna meninggalkan web mereka. Selari dengannya, terkini Microsoft turut telah menambah sokongan integrasi Google Drive pada web Outlook.com.

Sokongan ini hadir selepas ia diperkenalkan untuk Android dan iOS untuk beberapa ketika. Dengan integrasi ini, ia sekaligus memudahkan pengguna Outlook.com untuk menyertakan fail daripada Google Drive bersama-sama emel yang dihantar.

Outlook.com Attachment

Penambahan untuk Google Drive ini hadir selepas Microsoft turut melakukan perkara sama untuk perkhidmatan storan lain – termasuk Box dan Dropbox.

Disamping itu, bersama-sama pengenalan integrasi Google Drive ini, Microsoft turut sama memperkenalkan kebolehan untuk pengguna menyertakan sejumlah gambar dari Facebook terus ke emel dengan hanya klik pada Attachment.

Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Outlook.com, boleh mencuba fungsi baru ini dengan ke laman rasmi Outlook hari ini.


TIPS & ULASAN