Handee Holder- Beg Kantung Dengan Pemegang Peranti Terbina
Artikel Berkaitan

Handee Holder- Beg Kantung Dengan Pemegang Peranti Terbina

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

Beg kantung yang diikat pada pinggang biasanya digunakan oleh peniaga pasar malam, pemandu lori dan penunggang motosikal. Ini bagi memudahkan akses kepada wang, produk tembakau dan telefon. Kini wujud beg kantung dengan pemegang peranti pintar terbina. Pemakai Handee Holder boleh menonton video pada peranti dengan selesa ketika duduk tanpa perlu memegangnya.

handee-holder-1

Panjang pemegang boleh dilaraskan mengikut keperluan pengguna. Kepada pemain Pokemon GO, being kantung ini membolehkan anda bergerak dengan mudah. Handee Holder masih mengumpulkan dana menerusi Kickstarter. Ia boleh ditempah pada harga bermula $20 (~RM 82) sebuah.

 


TIPS & ULASAN