Sebilangan iPhone 7 Mengeluarkan Bunyi Desiran Aneh Ketika Digunakan

Sebilangan iPhone 7 Mengeluarkan Bunyi Desiran Aneh Ketika Digunakan

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

Tidak seperti PC, peranti pintar tidak dilengkapi sistem kipas untuk menyejukkan komponen dalaman. Sistem penyejukan cecair digunakan pada beberapa peranti bagi menyelesaikan masalah pemanasan. iPhone 7/ 7 Plus tidak dilengkapi sistem penyejuk aktif dan menggunakan kerangka aluminium untuk menyebarkan haba dari pemproses. Beberapa pengguna iPhone 7 / 7 Plus melaporkan bunyi desiran aneh apabila menggunakan aplikasi yang memerlukan kuasa memproses yang tinggi.

Seperti yang dapat didengari dari video di atas, bunyi yang dikeluarkan adalah aneh untuk dikeluarkan oleh sebuah peranti elektronik. Sekali dengar ia seakan bunyi cecair yang sedang menggelegak. Selepas insiden Note 7, bunyi desiran ini merisaukan pemilik peranti terkini Apple ini. Pemilik yang menghubungi Apple Care disarankan supaya memulangkan peranti dengan segera tetapi tiada peranti gantian diberikan kerana kehabisan stock. Sejauh manakah fenomena desiran ini berlaku tidak diketahui. Maklum balas rasmi dari Apple masih belum dikeluarkan ketika artikel masih ditulis.


TIPS & ULASAN