Cari @ Amanz

Kuota data ialah penghalang kepada majoriti pengguna untuk menikmati Internet dengan bebas. Kadang kalau data habis kerana memuat turun kemas kini aplikasi yang telah dipasang. Beberapa pengguna kini menerima fungsi Beta “Wait For WiFi” apabila memuat turun aplikasi pada Google Play Store menggunakan data selular.

wait-for-wifi-1

Fungsi ini membolehkan aplikasi hanya dimuat turun apabila sambungan kepada WiFi dikesan. Aplikasi yang dikehendaki akan diletakkan di dalam senarai menanti selagi data selular digunakan. Bagi mereka yang tidak mempunyai kuota data yang tinggi ini fungsi yang amat diperlukan. Tidak diketahui sama ada fungsi ini akan diaktifkan pada kesemua pengguna di masa hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd