Gambar Peranti Boleh Lipat Berspesifikasi Tinggi Samsung “Veyron” Tertiris
Artikel Berkaitan

Gambar Peranti Boleh Lipat Berspesifikasi Tinggi Samsung “Veyron” Tertiris

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

Bulan lalu kami ada menulis mengenai Samsung Veyron, telefon boleh lipat berspesifikasi tinggi yang sedang dibangunkan. Peranti ini hanya akan dipasarkan di China dan mengekalkan spesifikasi Samsung Galaxy S7. Gambar peranti ini akhirnya tertiris dan juga nama sebenarnya iaitu Samsung SM-W2017.

samsung-sm-w2017-veyron-1

Ia dilengkapi dwi-skrin sebesar 4.2″ HD Penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 64 Gigbyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 12-Megapixel dan kamera selfie sebesar 5-Megapixel. Bateri sebesar 2000 mAh digunakan dengan sokongan pengecasan pantas menggunakan port USB-C. Ini menjadikan SM-W2017 sebagai peranti kedua Samsung menggunakan port USB-C selepas Galaxy Note 7.


TIPS & ULASAN