Apple Meminta Pengguna Tunggu Selama 5 Jam Sebelum Mengecas iPhone 7 Yang Basah

Apple Meminta Pengguna Tunggu Selama 5 Jam Sebelum Mengecas iPhone 7 Yang Basah

Diterbitkan pada Sep 19, 2016 oleh .

Apple melalui iPhone 7 dan iPhone 7 Plus menawarkan sokongan kalis air – sekaligus membolehkan pengguna untuk menggunakannya ketika hari hujan, ataupun pada pelbagai keadaan, termasuk ketika mandi dan sebagainya.

Walaupun menyertakan sokongan kalis air, namun, Apple telah menekankan yang mana mereka tidak akan menawarkan sokongan jaminan untuk peranti yang rosak disebabkan oleh air.

Apple iPhone 7

Kini, berkongsi lanjut mengenai sokongan kalis air, melalui dokumen rasmi Apple melalui halaman Apple Support, mereka mengatakan pengguna perlu membiarkan peranti mereka sekurang-kurangnya selama 5 jam sebelum mengecas atau menggunakan aksesori melalui port Lightning pada telefon pintar berkenaan.

Apple mengatakan menggunakan aksesori atau mengecas ketika peranti basah mungkin menjadikan telefon anda rosak, dan ia dinasihatkan untuk mengeringkan semua port dan peranti berkenaan sendiri, dan menantikan sekitar 5 jam sebelum menggunakan peranti tersebut.

Apple juga meminta pengguna mengelak daripada mandi atau berenang bersama iPhoe 7, merendamkan ia dalam air, dan membuka sebarang skru pada peranti berkenaan.


TIPS & ULASAN