Cari @ Amanz

Pada awal bulan September 2016 ini, Logitech telah mengumumkan siri keluarga baru yang dinamakan sebagai Prodigy yang ditujukan khusus untuk para peminat permainan video yang aktif menggunakan aksesori komputer untuk tujuan berkenaan. Kini, selang beberapa minggu, Logitech Prodigy turut telah diumumkan untuk pasaran tempatan.

Logitech Prodigy

Dibawah keluarga Prodigy ini, beberapa aksesori ditawarkan. Pertama sekali adalah tetikus yang dinamakan Logitech G403 Prodigy Gaming Mouse dan G403 Prodigy Wireless Gaming Mouse yang menawarkan rekaan ergonomik untuk penggunaan masa yang lama, disamping menyertakan kejituaan mengawal yang sangat tepat dan masa respon yang pantas.

Melengkapkan tetikus ini adalah papan kekunci Logitech G213 Prodigy Keyboard yang menyertakan sokongan mengubah lampu RGB, dan hadir dengan sokongan kalis tumpahan air. Untuk mereka yang minat produk audio pula, Logitech menawarkan Logitech G231 Prodigy Gaming Headset yang menawarkan keselesaan pakai untuk berjam pada telinga, selain memudahkan anda membasuh bahagian tertentu untuk menjaganya.

Di Malaysia, Logitech G403 Prodigy Gaming Mouse ditawarkan pada harga RM329, Logitech G213 RGB Gaming Keyboard pada harga RM349, Logitech G231 Gaming Headset pada harga RM299 dan Logitech G403 Prodigy Wireless Gaming Mouse pada harga RM479.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd