10 Aplikasi Mudah-Alih Popular Dengan Penggunaan Data Tertinggi

10 Aplikasi Mudah-Alih Popular Dengan Penggunaan Data Tertinggi

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Berapakah langganan data anda pada setiap bulan? Bolehkah ia bertahan sehingga langganan internet anda tamat? Sekiranya anda bergantung pada penggunaan data sepenuh masa, pastinya anda perlu menggunakannya dengan cermat sepanjang tempoh langganan internet anda. Jadi dengan itu, ada beberapa aplikasi yang mungkin anda perlu berhati-hati menggunakannya pada telefon pintar bagi mengelakkan jumlah penggunaan data yang tidak diingini.


youtube-artikel-webe01
Youtube

Aplikasi Youtube boleh dikatakan aplikasi yang paling banyak menyumbang kepada penggunaan data tertinggi apabila anda kerap menonton video menerusi perkhidmatan tersebut. Setiap video pada resolusi 360p dengan durasi 4 minit menggunakan kira-kira 11MB data anda. Sebagai perbandingan, video resolusi 720p dengan durasi yang sama akan menggunakan kira-kira 30MB data.


browser-artikel-webe02
Chrome/Safari

Pelayar web turut menjadi penyumbang utama kepada penggunaan data yang tinggi apabila anda kerap melayari laman-laman dengan jumlah imej yang tinggi. Ia boleh mengambil antara 1MB-4MB untuk sesebuah laman web yang anda layari.


facebook-2-artikel-webe03
Facebook

Tidak dinafikan Facebook boleh menjadi aplikasi yang paling kerap dibuka setiap hari, jika anda seorang pengguna tegar Facebook. Dengan kandungan gambar yang begitu banyak pada post di Newsfeed, ia menggunakan lebih banyak data anda terutama sekali melayarinya ketika waktu bosan. Dengan trend lambakan post video viral yang sentiasa mengejar jumlah share, anda pasti tidak akan dapat menahan diri anda daripada menekan butang ‘Play’.


twitter-2-artikel-webe04
Twitter

Bagi yang tidak gemarkan cara hidup dan masyarakat di Facebook, Twitter merupakan tempat mereka bersosial tanpa gangguan keluarga mahupun guru-guru di sekolah lama anda. Namun seperti Facebook, Twitter juga menggunakan data yang tinggi apabila timeline dibanjiri dengan tweet bergambar dan juga video viral.


Instagram05
Instagram

Tidak kira anda penggemar tegar Facebook mahupun Twitter, aplikasi Instagram menyatukan pengguna untuk menghantar gambar dan video pendek yang menarik untuk dikongsi. Namun dengan lambakan gambar pada aplikasi ini, ia mengambil data kira-kira 200kb untuk setiap gambar yang dipaparkan. Ia mungkin dilihat agak sedikit, namun ia mampu mengambil data sehingga 2MB pada setiap sesi.

Sekiranya anda membuka aplikasi ini dalam 10 kali sehari, ia mampu mengambil data sehingga 20MB – tidak termasuk video yang anda mainkan di Instagram. Dengan pengenalan Instagram Stories, satu video 10 saat yang dipaparkan (pada resolusi tertinggi 720p) boleh mencecah penggunaan data kira-kira 2.5MB.


snapchat-artikel-webe06
Snapchat

Pencetus idea asal kepada Instagram Stories semestinya melalui perkhidmatan Snapchat yang menjadi trend dalam kalangan masyarakat muda sejak kebelakangan ini. Ia menawarkan format penceritaan sementara melalui gambar dan video yang mana bakal ‘dihilangkan’ selepas dimuat naik dalam masa 24 jam. Namun melayari sesebuah ‘stories’ juga boleh menggunakan jumlah data yang banyak – apatah lagi pengguna Snapchat yang anda follow sering bereksperimen dengan filter haiwan dan bunga-bungaan. Setiap video 10 saat yang anda lihat pada Stories mengambil jumlah data sekitar 4.7MB.


iflix netflix both20160107_17464507
Netflix/iFlix

Perkembangan internet turut membawa kepada perkhidmatan penstriman video popular – membolehkan pengguna menonton pelbagai siri-TV dan filem pada bila-bila masa, asalkan mempunyai internet. Menonton satu episod siri televisyen boleh dikatakan akan memakan data sekitar 150MB untuk siri 40 minit, dan sekiranya anda menonton lebih daripada satu episod pada sesuatu hari, maka ia boleh dikatakan memakan data yang banyak.


skype-2-artikel-webe08
Skype

Penggunaan Skype turut menyumbang kepada penggunaan data yang tinggi terutama apabila anda membuat panggilan suara dan juga panggilan video. Setiap panggilan suara dari Skype-ke-Skype boleh menggunakan kira-kira 375kb data bagi panggilan berdurasi 1 minit. Namun kebanyakan individu menggunakan Skype untuk membuat panggilan video – yang boleh menggunakan sebanyak 4MB data untuk satu panggilan video selama seminit.


spotify-artikel-webe09
Spotify/JOOX

Kini ramai yang telah beralih untuk mendengar muzik secara sah dengan adanya langganan perkhidmatan penstriman muzik yang berpatutan. Di Malaysia, Spotify dan JOOX menjadi aplikasi utama yang menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik tanpa perlu melanggan untuk menggunakannya. Namun dengan penggunaan secara percuma ini, anda tidak akan mendapat fungsi ‘offline’ sekaligus memakan data yang tinggi untuk satu-satu sesi pendengaran muzik. Ia boleh mengambil kira-kira 2MB-3MB data untuk sesebuah lagu yang berdurasi 4 minit pada bitrate 96 kbps.


Supercell10
Permainan Video

Permainan video pada peranti mudah-alih turut menggunakan data yang banyak dan laju. Antara permainan yang popular pada peranti mudah-alih adalah termasuk Clash of Clans, Clash Royale, Vainglory dan sebagainya. Adakalanya, sekiranya sambungan anda perlahan, maka permainan anda akan terganggu, dan mungkin anda tewas begitu sahaja. Secara purata, permainan biasa memakan data sekurang-kurangnya 3MB-10MB untuk sesuatu permainan.


sim-1-1Apabila kesemua penggunaan aplikasi berkenaan disatukan, ia sekaligus membawa kepada jumlah penggunaan data yang banyak dan akhirnya berdepan dengan kelajuan internet yang dihadkan. Namun ada berita menarik bagi anda yang ingin menikmati kesemua aplikasi ini secara intensif tanpa perlu risau pada penggunaan data. webe bakal membebaskan anda dari had sebegini, dan ianya dilengkapi dengan langganan internet mudah-alih tanpa had – jadi anda tidak perlu risau lagi dengan penggunaan data yang tidak mencukupi. Apa yang anda tunggu lagi, untuk maklumat lanjut, sila layari webe digital Facebook.

Layari: Facebook webe digital

digital-cover-3

Penafian: Advertorial dari webe


TIPS & ULASAN