Cari @ Amanz

Xiaoyi merupakan syarikat yang disokong dibawah ekosistem Xiaomi, dan sebelum ini telah hadir dengan penawaran kamera aksi seumpama GoPro mereka tersendiri. Hari ini, mereka memperluaskan penawaran dalam arena kamera dan telah memperkenalkan sebuah kamera mirrorless tersendiri iaitu Xiaoyi M1.

Xiaoyi M1

Xiaoyi M1 hadir dengan kamera 20-megapixel dengan sokongan kadar sensitiviti ISO 25,600. Kamera ini membolehkan anda merakamkan video pada resolusi 4K dengan kadar 30fps. Pengguna turut boleh mengawal beberapa perkara melalui skrin sentuh 3-inci pada kamera ini. Untuk memudahkan anda memindahkan gambar juga, pihak Xiaoyi menyertakan sokongan Bluetooth dan WiFi pada kamera Xiaoyi M1 ini.

Xiaoyi M1

Seperti produk Xiaoyi yang lain, ia hanya dijadualkan untuk penawaran di China sahaja buat masa ini. Kamera dengan rekaan sedikit seumpama Leica ini akan ditawarkan pada harga 2199 Yuan di China (iaitu sekitar RM1365).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd