Cari @ Amanz

Enjin carian Google digunakan ramai secara meluas untuk pelbagai perkara, termasuk ketika membuat perancangan percutian. Pihak Google sendiri telah memperkenalkan beberapa ciri khusus menarik pada enjin carian mereka untuk perkara ini – dan hari ini mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Google Trips.

Google Trips

Google Trips membolehkan para pengguna menggunakannya dalam merancang percutian anda, dimana ia menyusun pelbagai perkara mengenai percutian ke sesuatu lokasi untuk diakses dengan mudah melalui hanya satu aplikasi.

Aplikasi ini bukan hanya memperlihatkan perancangan untuk percutian akan datang, sebaliknya ia turut menarik data daripada percutian yang lepas dan turut memperlihatkan bilakah anda telah ke sana. Namun, data yang ditarik ini tertakluk kepada apa yang disimpan pada akaun GMail anda.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses tiket penerbangan, melhat perancangan percutian, makanan dan minuman, serta pelbagai perkara menarik untuk dibuat ketika bercuti. Menariknya, ia turut hadir dengan sokongan menggunakan secara luar-talian, dimana pengguna perlu memuat-turun data terlebih dahulu.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Trips ini untuk Android atau iOS, dan menggunakannya dalam merancang percutian anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd