GoPro telah mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan dron tersendiri dengan nama Karma. Hari ini, GoPro secara rasminya telah pun melancarkan ia kepada umum. Ia sekaligus melengkapkan penawaran pihak Dron bagi pengguna yang gemar merakamkan pelbagai aksi lasak, dan kali ini ia boleh dibuat dengan mudah dari udara.
GoPro Karma hadir dengan rekaan yang kemas, dan menariknya ia bersaiz kompak dan boleh-dilipat. Perkara ini sekaligus memudahkan pengguna untuk membawa ia kemana-mana.
Dron ini turut hadir dengan penstabilan tiga-axis yang boleh digunakan untuk dipasang pada kenderaan. Pihak GoPro tuurt menyertakan sebuah beg galas khusus untuk dron ini.
GoPro Karma ini hadir dengan pakej bersama Hero5 pada harga $1099 (~RM4551) ataupun Hero5 Session pada harga $999 (~RM4136). Sekiranya anda hanya inginkan dron Karma ini sahaja, ia akan dijual pada harga $799 (~RM3310).
Buat masa ini, ia hanya diumumkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah akan tiba ke pasaran tempatan.