Cari @ Amanz

GoPro hari ini telah memperkenalkan kamera aksi mereka yang terbaru, iaitu Hero5. Menariknya, melalui kamera aksi terbaru ini, GoPro menyertakan sejumlah fungsi menarik pada kamera aksi ini, menjadikan ia lebih menarik berbanding dengan sebelumnya.

GoPro Hero5 hadir dengan kamera 12-megapixel, dan kini ia dilengkapi dengan sokongan kalis air tanpa memerlukan sokongan kerangka luar tambahan. Pengguna juga disediakan dengan fungsi kawalan suara, membolehkan anda menyebut beberapa arahan dalam memudahkan rakaman gambar dan sebagainya.

GoPro Hero5

GoPro Hero5

Seperti kamera aksi sebelum ini, ia turut hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal dalam menjadikan pelbagai rakaman gambar dan video cantik. GoPro Hero5 turut menyertakan tiga mikrofon untuk membolehkan ia merakamkan bunyi terbaik ketika merakamkan video.

GoPro Hero5 turut menyertakan skrin sentuh untuk kawalan, disamping mengintegrasikan ia bersama GoPro Cloud yang membolehkan rakaman anda dimuat-naik secara automatik apabila ia dipasang untuk pengecasan.

GoPro Hero5 Session

GoPro Hero5 Session

Bersama-sama pengenalan Hero5, pihak GoPro turut memperkenalkan Hero5 Session yang turut menyertakan rekaan kompak dan rakaman dengan hanya satu butang. Hero5 Session turut menyertakan sokongan arahan suara seperti yang terdapat pada Hero5. GoPro Hero5 Session pula hanya hadir dengan sokongan rakaman gambar pada resolusi 10-megapixel, tetapi menawarkan sokongan rakaman video 4K.

Buat masa ini, tiada tarikh diberikan lagi untuk memperkenalkan ia dipasaran Malaysia. Dengan populariti GoPro di Malaysia, mungkin kita boleh nantikan GoPro Hero5 ini hadir ke pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd