Rasmi : Twitter Kini Tidak Lagi Mengira Gambar, Video, GIF, Dan Quote Dalam Had 140 Aksara

Rasmi : Twitter Kini Tidak Lagi Mengira Gambar, Video, GIF, Dan Quote Dalam Had 140 Aksara

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Twitter hari ini secara rasminya telah pun mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengira penyertaan pautan gambar, video, GIF, undian, dan juga quote dalam had 140 aksara yang ditetapkan oleh Twitter. Perkara ini sekaligus membolehkan para pengguna berkongsi teks yang sedikit lebih panjang daripada biasa.

Twitter 140 Aksara

Seperti beberapa fungsi sebelum ini, pengenalan penambahan pada had aksara ini dilakukan secara berperingkat, dan mungkin ia mengambil masa beberapa hari sebelum anda dapat melihatnya.

Dengan pengenalan ini, beberapa desas-desus mengatakan mungkin kita akan turut dapat melihat Twitter membuang pengiraan @namapengguna dalam pengiraan had aksara pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN