(Ura-Ura) HTC Pixel Akan Dijual Pada Harga Kurang Mampu Milik
HTC

(Ura-Ura) HTC Pixel Akan Dijual Pada Harga Kurang Mampu Milik

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Sekiranya anda mahukan kemas kini terpantas dan benci dengan aplikasi gendut, Nexus ialah peranti yang akan memenuhi keperluan anda. Peranti keluarga Nexus semakin popular sejak kebelakangan ini kerana pengguna Android mula menyedari kemas kini adalah lebih penting berbanding fungsi tambahan. Tahun ini Nexus akan diberikan penjenamaan baru Pixel. Dua peranti Google Pixel akan dihasilkan oleh HTC.

Nexus Sailfish

Perubahan tidak terhad kepada nama tetapi mungkin juga pada harga jualannya. Ura-ura dari Android Police mengatakan mereka menerima maklumat yang mengatakan Google Pixel dengan skrin 5″ akan dijual pada harga bermula $649 (~RM 2686) bagi versi 32 Gigabyte. Google Pixel XL dengan skrin lebih besar pula mungkin mencecah $700 sebuah.

Sebagai perbandingan Google Nexus 5X yang turut mempunyai skrin 5″ dijual pada harga $429 (~RM 1776)  untuk model 32 Gigabyte manakala 6P pula dijual pada harga $499 (~RM 2065) sebuah. Peningkatan harga jualan ini dikatakan berlaku kerana bahan rekaan lebih premium yang digunakan. Kepada yang pernah menggunakan peranti utama HTC sebelum ini anda pasti mengetahui betapa kemasnya kemasan yang mereka gunakan berbanding pengeluar lain.


TIPS & ULASAN