Xiaomi Mi Note 2 Mungkin Hadir Dengan RAM Sebesar 8 Gigabyte

Xiaomi Mi Note 2 Mungkin Hadir Dengan RAM Sebesar 8 Gigabyte

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Acara pelancaran Xioami Mi5S akan berlangsung pada  27 September hadapan. Peranti ini dijangka menggunakan pemproses Snapdragon 820, sistem dwi-kamera dan RAM sebesar 6 Gigabyte. Di China saiz RAM ini dianggap normal bagi menarik perhatian pembeli. Sekiranya 6 Gigabyte adalah terlalu arus perdana bagi anda, Xiaomi Mi Note 2 dikhabarkan akan hadir dengan versi 8 Gigabyte.

xiaomi-mi-note-2-leak

Gambar “About Phone” peranti yang dikatakan Xioami Mi Note 2 tertiris dan jelas menunjukkan RAM sebesar 8 Gigabyte. Ini bermakna ia mempunyai dua kali ganda lebih banyak RAM berbanding Galaxy Note 7 dan setanding dengan RAM yang wujud pada peranti riba yang kami gunakan sekarang.

Selain itu ia mungkin diperkasakan dengan pemproses Snapdragon 821, skrin dwi lengkung serta menggunakan Android Nougat. Secara peribadi kami tidak menyedari perbezaan ketara di antara peranti 6 Gigabyte dan 4 Gigabyte. Adakah penggunaan RAM 8 Gigabyte akan menjadi peranti lebih lancar atau sekadar gimik jualan?


TIPS & ULASAN