Cari @ Amanz

Nikon memperlihatkan Nikon KeyMission 360 pada Januari lalu di CES. Kamera aksi dengan rakaman 360 darjah ini akhirnya dilancarkan secara rasmi bersama dengan dua lagi kamera aksi di dalam keluarga KeyMission. KeyMission 360 ialah kamera aksi tahan lasak dengan kemampuan merakam video 360 darjah pada resolusi 4K. Dua kamera 20-Megapixel f/2.0 digunakan yang turut mampu merakam gambar statik pada resolusi 30-Megapixel. Ia kalis air sehingga 30 Meter dan tahan sejuk sehingga -10° C. Ia akan dijual bermula Oktober ini pada harga $499.95 (~RM 2070) sebuah.

nikon-key-mission-360

KeyMission 170 pula dilengkapi satu kamera 8.3-Megapixel f/2.8  dengan lensa sudut lebar 170 darjah yang mampu merakam video pada resolusi 4K. Seperti KeyMission 360, ia tahan lasak dan kalis air sehingga 40 Meter serta tahan sejuk sehingga -10° C. Harga jualannya pula ialah $399.95 (~RM 1656) sebuah.

nikon-key-mission-170

Akhir sekali ialah KeyMission 80, dilengkapi kamera utama 12-Megapixel f/2.0 yang merakam video pada resolusi 1080P 30FPS dan kamera selfie 5-Megapixel f/2.2. Ia hanya kalis air sehingga 1 Meter dan tahan sejuk sehingga -10° C. Ia dijual pada harga $279.99 (~RM 1159) sebuah.

nikon-keymission-80

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd