The Witcher 3 Tidak Akan Menyokong Fungsi Baru PlayStation 4 Pro

The Witcher 3 Tidak Akan Menyokong Fungsi Baru PlayStation 4 Pro

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Kemampuan grafik beberapa permainan baru dipertingkatkan apabila dimainkan pada PlayStation 4 Pro. Kemampuan pemproses yang dipertingkatkan membolehkan permainan yang dahulunya bergerak pada kadar 30 FPS kini meningkat ke 60 FPS. Uncharted 4 dan Shadow of Mordor ialah dua permainan yang disahkan menyokong fungsi ni.  Kepada pemilik permainan The Witcher 3, ini berita buruk buat anda.

CD Projekt Red mengesahkan mereka tidak akan melakukan penaiktarafan ke atas permainan ini untuk PlayStation 4 Pro. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian kepada permainan Cyberpunk 2077 dan Gwent yang sedang di dalam pembangunan. Tidak seperti studio permainan lain, CD Projekt Red tidak mempunyai kakitangan yang ramai untuk melakukan projek penaiktarafan grafik PlayStation 4 Pro. Oleh itu kepada pemilik konsol yang mahu memainkan The Witcher 3 pada resolusi 4K, anda perlu berpindah ke platform PC yang sudah menyokong fungsi ini sejak hari pelancaran.


TIPS & ULASAN