Grab Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.1 Bilion

Grab Menerima Suntikan Dana Sebanyak RM3.1 Bilion

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Grab merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi bagi pengguna tempatan. Dikenali sebagai MyTeksi sebelum ini, ia telah melalui proses penjenamaan semula ketika memperluaskan penawaran ke pelbagai negara di rantau Asia Tenggara.

Terkini, Grab hari ini mengumumkan mereka telah menerima suntikan dana bernilai $750 juta (~RM3.1 bilion) daripada beberapa pelabur termasuk Softbank. Seperti biasa, Grab mengatakan pelaburan ini akan digunakan dalam memperluaskan penawaran dan memperkukuhkan perkhidmatan mereka di rantau Asia Tenggara ini.

Mungkin dengan suntikan dana ini kita akan melihat ia ditawarkan di lebih banyak bandar di Malaysia. Buat masa ini, ia beroperasi di Lembah Klang, Melaka, Kota Kinabalu, Johor dan Pulau Pinang. Dan seperti biasa, dengan pelaburan baru ini mungkin Grab juga telah boleh melihat kepada menjana keuntungan daripada perkhidmatan mereka.

Buat masa ini, pesaing terdekat Grab adalah Uber, dimana Uber sebelum ini telah mengatakan mereka telah mula menjana keuntungan di rantau Asia Tenggara ini. Uber sendiri sebelum ini telah keluar daripada China, dan pelaburan mereka seterusnya dilihat mungkin lebih memfokuskan kepada pasaran di India dan juga Asia Tenggara.


TIPS & ULASAN