Kereta Yang Mampu Berubah Seperti Transformers Kini Realiti

Kereta Yang Mampu Berubah Seperti Transformers Kini Realiti

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Kenderaan yang berubah menjadi robot hanyalah fiksyen siri animasi dan filem Transformers. Tetapi di Turki ia akhirnya menjadi realiti  dengan terciptanya Letrons. Apabila di dalam mod kenderaan, ia kelihatan seperti sebuah BMW. Ia mampu berubah menjadi robot dan berdiri dalam masa sekitar seminit.

Empat model Letrons bakal dihasilkan. Setiap satunya dikawal dengan alat kawalan jauh dan mampu bergerak seperti kereta biasa. Kekurangan yang ketara ialah apabila di dalam mod kereta, ia tidak boleh dipandu kerana tiada ruang untuk penumpang. Jelas sekali ini ialah permainan robot Transformers yang mungkin pernah anda mainkan ketika kecil pada skala sebenar.


TIPS & ULASAN