Cari @ Amanz

Bagi anda yang sering menggunakan WeChat, mungkin mengenali akan salah satu emoji popular pada platform berkenaan yang dipanggil sebagai Tuzki. Ia merupakan watak seekor arnab yang berkongsi pelbagai ekspresi berbeza dan comel – sekaligus menjadikan ia salah satu emoji popular yang digunakan ramai pada perkhidmatan permesejan.

Terkini, pihak Tencent dan Turner dilihat bekerjasama dalam menghasilkan filem Tuzki ini. Dengan kadar populariti emoji Tuzki tersebut sendiri, filem ini kelak dijangka akan menjadi salah satu filem yang ingin ditonton oleh ramai di pawagam.

Filem Tuzki ini akan mengabungkan penggunaan manusia dengan CGI. Kisah sinopsis sepenuhnya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.

Tuzki WeChat

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd