Cari @ Amanz

Opera sebelum ini telah menguji sokongan VPN percuma pada versi pembangunan pelayar web desktop mereka, dan hari ini, ia dilancarkan secara rasmi kepada umum melalui pengenalan Opera VPN untuk Windows, Mac dan Linux.

Opera VPN

Melalui penyertaan VPN, ia melindungi data pelayaran pengguna, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna memilih dari lokasi mana yang ingin ia dilihat mereka melayar web. Pengenalan VPN secara terbina pada pelayar web desktop ini juga secara tidak langsung membawa penggunaan VPN kepada para pengguna umum tanpa memerlukan pengetahuan teknikal berkaitan VPN.

Bagi anda yang menggunakan pelayar web Opera, anda boleh mengemaskini pelayar web anda ke versi terbaru hari ini, dan menikmati penggunaan VPN percuma tanpa had ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd