Microsoft Memperkenalkan Nokia 216 Untuk Pasaran Negara Membangun

Microsoft Memperkenalkan Nokia 216 Untuk Pasaran Negara Membangun

Diterbitkan pada Sep 20, 2016 oleh .

Walaupun telefon pintar kini meliputi sejumlah besar pasaran peranti mudah-alih, namun permintaan untuk telefon bimbit masih ada – apatah lagi sebagai telefon kedua ataupun untuk pasaran negara-negara membangun.

Nokia 216

Microsoft ketika mengambil-alih Nokia beberapa tahun lepas, mereka turut mengambil-alih bahagian telefon bimbit, dan telah hadir dengan sejumlah peranti sejak daripadanya. Terkini, walaupun Microsoft telah mengumumkan perancangan untuk menjual bahagian telefon bimbit mereka kepada pihak lain, namun tidak menghentikan Microsoft untuk meneruskan pengenalan model baru untuk telefon bimbit berjenama Nokia.

Hari ini, mereka telah memperkenalkan Nokia 216 yang hadir dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci, papan kekunci fizikal berangka, kamera hadapan dan belakang 0.3-megapixel, serta dijana menggunakan sistem operasi Series-30. Beberapa aplikasi turut boleh digunakan, termasuk pelayar web popular, Opera Mini.

Buat masa ini, Nokia 216 ini hanya ditawarkan untuk pasaran India sahaja, dan akan dijual bulan hadapan pada harga sekitar $37 (~RM150).


TIPS & ULASAN