Nokia 216 Dual Akan Hadir Ke Malaysia Pada 21 Oktober – Berharga RM169

Nokia 216 Dual Akan Hadir Ke Malaysia Pada 21 Oktober – Berharga RM169

Diterbitkan pada Sep 21, 2016 oleh .

Semalam, Microsoft telah memperkenalkan telefon bimbit terbaru mereka, iaitu Nokia 216 Dual. Berkongsi lanjut mengenainya, pihak Microsoft Malaysia mengumumkan yang mana Nokia 216 versi dwi-SIM akan hadir ke pasaran Malaysia pada 21 Oktober 2016 kelak, dan dijual pada harga RM169.

Nokia 216

Nokia 216 Dual merupakan telefon bimbit dengan skrin berwarna bersaiz 2.4-inci, dan dilengkapi papan kekunci fizikal dalam bentuk nombor. Dengan penawaran ini, semestinya sokongan bateri menjadi salah satu fokus utama, dan Nokia 216 Dual menawarkan sokongan masa bertahan bateri sehingga 19 hari lamanya.

Nokia 216 Dual turut hadir dengan sokongan radio FM, selain turut membolehkan pengguna menggunakan beberapa aplikasi termasuk Opera Mini.

Bagi anda yang menantikan sebuah telefon bimbit dengan masa bertahan bateri yang lama, mungkin boleh nantikan peranti ini yang dijangka dipasarkan di Malaysia pada bulan Oktober 2016 ini.


TIPS & ULASAN