Carian
Pepijat EarPods Menyebabkannya Gagal Berfungsi Selepas Lima Minit
September 21, 2016 Effi Saharudin

IPhone 7 tidak menyertakan bicu audio 3.5mm. Oleh itu fon telinga EarPods dengan sambungan Lightning disertakan dengan setiap pembelian. Sejumlah pengguna EarPods kini melaporkan masalah dengan fon telinga baru ini. Selepas digunakan selama lima minit, butang-butang kawalan yang terbina gagal berfungsi. Pengguna hanya boleh mengawal tahap suara dengan menekan butang pada iPhone 7 mereka.

Ini menyukarkan pengguna untuk menjawab panggilan telefon ketika mendengar muzik dan untuk mengaktifkan Siri. Apple sudah menyedari masalah ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Buat masa ini mereka mengesyorkan pengguna untuk mencabut dan memasang semula EarPods mereka untuk mengaktifkan fungsi butang kawalan suara. Pepijat ini turut dilaporkan berlaku secara rawak dan tidak berlaku kepada kesemua pengguna setakat ini.

Komen