Google Akhirnya Dijangka Membawakan Butang “Restart” Pada Telefon Pixel

Google Akhirnya Dijangka Membawakan Butang “Restart” Pada Telefon Pixel

Diterbitkan pada Sep 21, 2016 oleh .

Sementara beberapa peranti menyediakan butang “Restart” pada telefon pintar mereka, Google melalui Android versi asal pada Nexus tidak menawarkan sokongan tersebut, dan hanya menyediakan pilihan mematikan peranti sahaja. Perkara ini semestinya tidak diminati ramai, terutamanya sekiranya pengguna ingin memulakan semula peranti mereka disebabkan beberapa perkara.

Google Restart

Terkini, melalui gambar yang tertiris ke arena web, ia dilihat Google akan menyertakan sokongan butang Restart pada telefon Pixel yang dijangka diperkenalkan pada 4 Oktober kelak. Ia dijangka akan menjadi sebahagian daripada Android 7.1 yang digunakan oleh Pixel dan Pixel XL. Masih menjadi salah satu persoalan untuk kami mengapa Google tidak menyertakan butang tersebut secara terbina dan memerlukan pengguna mematikan dan memulakan peranti secara manual setiap kali diperlukan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada butang Restart ini akan hadir pada versi akhir Android 7.1 ataupun kelak. Adakah selepas hampir 8 tahun ketiadaan butang tersebut Google akan menawarkannya, ataupun akan meneruskan pengguna menantikan ia dan bergantung kepada pengeluar ketiga untuk menambahnya sendiri pada peranti keluaran mereka?


TIPS & ULASAN