Cari @ Amanz

Google hari ini telah pun melancarkan aplikasi terbaru mereka untuk permesejan, dinamakan sebagai Allo. Berbeza dengan sejumlah aplikasi lain milik Google, Allo menggunakan pendaftaran berasaskan nombor telefon dan bukannya akaun Google.

Melalui Google Allo, pengguna boleh menghantar mesej seperti biasa kepada rakan-rakan, dan ia turut hadir dengan integrasi sticker, dan kebolehan menghantar gambar dan sebagainya.

Salah satu perkara yang menjadikan Google Allo ini lebih menarik adalah integrasi pembelajaran pintar dan Google Assistant pada perkhidmatan permesejan ini.

Allo

Allo

Allo

Allo

Pengguna akan diperlihatkan dengan sejumlah balasan cadangan berdasarkan kepada mesej yang diterima. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh memanggil Google Assistant dengan menaip @google, sekaligus bertanyakan pelbagai perkara untuk dikongsi bersama rakan lain.

Google Allo juga turut menyertakan fungsi Incognito Mode yang membolehkan pengguna menetapkan masa untuk bila mesej yang dihantar dipadam.

Buat masa ini, Google Allo diperkenalkan secara berperingkat untuk semua pengguna di seluruh dunia. Pengguna Malaysia dijangka akan dapat memuat-turunnya dalam masa beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd