Samsung Mendapat Pelepasan Khas Google Untuk Menggunakan Ikon Bateri Hijau Pada Note 7

Samsung Mendapat Pelepasan Khas Google Untuk Menggunakan Ikon Bateri Hijau Pada Note 7

Diterbitkan pada Sep 21, 2016 oleh .

Ikon bateri berwarna hijau ialah antara perubahan yang dilakukan oleh Samsung untuk menunjukkan Galaxy Note 7 dilengkapi dengan bateri baru yang tidak mudah meletup. Ini ialah petanda pada peranti selain kotak yang dilengkapi huruf S bersebelahan kod bar serta laman semakan IMEI. Penukaran ikon ini walaubagaimanapun tidak dilakukan sesuka hati oleh Samsung. Hiroshi Lockheimer, Timbalan Presiden bahagian Android, Chrome OS dan Google Play Store mengesahkan Google memberikan pelepasan khas kepada Samsung untuk menggunakan ikon hijau ini.

 

 

 

Google mempunyai garis panduan antaramuka dan ikon yang perlu dipatuhi oleh semua pengeluar yang menggunakan Android. Penggunaan ikon bateri berwarna putih sahaja yang dibenarkan. Tetapi Google memberi pelepasan khas kepada Samsung kerana masalah bateri meletup yang sedang heboh diperkatakan. Ikon hijau yang digunakan masih mempunyai garisan luar berwarna putih bagi memudahkan ia dilihat apabila diletak pada latar belakang berwarna hijau.


TIPS & ULASAN