Kerangka Daptr Untuk iPhone 7 Dilengkapi Bicu Audio Dan Dua Port Lightning

Kerangka Daptr Untuk iPhone 7 Dilengkapi Bicu Audio Dan Dua Port Lightning

Diterbitkan pada Sep 21, 2016 oleh .

Mahu memiliki iPhone 7 tetapi masih belum redha untuk menggunakan fon kepala tanpa bicu audio 3.5mm? Seperti yang disangka keputusan Apple ini menjadi sumber rezeki kepada pengeluar aksesori untuk menghasilkan penyesuai. Terkini ialah kerangka Daptr yang bukan sahaja mengembalikan bicu audio 3.5mm, malah mempunyai dua port Lightning terbina.

daptr-1

Kerangka ini diperbuat daripada getah tahan hentakan bagi memastikan peranti tidak mudah rosak apabila terjatuh. Ia akan menambah ketebalan peranti sebanyak 3 mm dan memanjang sebanyak 20 mm. Daptr hadir dengan lima warna bagi menyesuaikannya dengan peranti iPhone 7 dan 7 Plus pemiliknya. Harga jualan bermula dari $49 (~RM 202) sebuah.


TIPS & ULASAN