Cari @ Amanz

Siri FIFA kini megah sebagai raja permainan simulasi bola sepak. Lebih ramai pengguna memilih siri ini berbanding PES kerana penggunaan nama, logo dan nama liga sebenar. FIFA 17 akan dilancarkan pada 29 September hadapan dan sempena itu sebuah but bola edisi terhad FIFA 17 dihasilkan oleh Nike.

nike-fifa-17-but-2a

Hanya 1500 pasang but Mecurial X EA Sports ini akan dijual. Rekaan pada but diinspirasikan oleh perubahan kualiti grafik dari FIFA International Soccer pada tahun 1993 dan FIFA 17. Pada bahagian tumit terdapat logo EA Sports dan nombor unik untuk setiap but yang dihasilkan. Sekiranya berminat but ini hanya boleh dibeli melalui aplikasi Nike Football dan laman Nike.com bermula 26 September. Ia turut boleh dimut turun sebagai but maya di dalam permainan menerusi katalog EA Sports Football Club.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd