Cari @ Amanz

Nike merupakan pengeluar kasut terkemuka, dan telah memperlihatkan Nike HyperAdapt 1.0 dengan sokongan kasut yang mengikat dan mengetat secara automatik berdasarkan kepada kaki pengguna. Setelah menjanjikan akan memasarkan pada tahun ini, Nike kini mengatakan ia akan mula dijual di Amerika Syarikat pada 28 November 2016 kelak.

Kasut ini menggunakan sebuah sensor pada bahagian tumit kaki, dan akan mengetatkan tali kasut berkenaan berdasarkan kepada keselesaan pengguna. Untuk tujuan ini, mereka menyertakan sebuah bahagian khusus pada tapak kasut, yang perlu dicas memandangkan ia berasaskan kepada kuasa bateri. Bateri ini hanya perlu dicas dua minggu sekali.

Dengan pelancaran di Amerika Syarikat, kita juga mungkin akan dapat melihatkan untuk dipasarkan di Malaysia. Seperti biasa, harga jualannya masih menjadi tanda tanya dan mungkin diumumkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd