Dengan perkembangan arena teknologi kewangan (fintech), salah satu peranan yang perlu dimainkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah menyediakan garis panduan yang selari dengannya. Terkini, bercakap mengenainya, BNM mengatakan mereka sedang pada fasa akhir dalam membangunkan kertas konsep untuk fintech.
Kertas konsep ini kelak akan menjadi garis panduan fintech untuk institusi kewangan. Ia akan melalui beberapa perbincangan lagi sebelum diumumkan dan diperkenalkan secara rasminya.
Perkembangan teknologi turut membawa inovasi pada arena kewangan, dimana melalui fintech, ia memfokuskan kepada menjadikan pelbagai gerakkan wang lebih efisyen, telus dan efektif. Kos yang berkaitan dengannya juga dilihat akan lebih rendah, sekaligus menambah-baik sektor kewangan awam dan juga swasta.