Google Drive Kini Membolehkan Anda Membuat Carian Dengan Menggunakan Bahasa Perbualan

Google Drive Kini Membolehkan Anda Membuat Carian Dengan Menggunakan Bahasa Perbualan

Diterbitkan pada Sep 21, 2016 oleh .

Google sedia terkenal dengan penawaran dan pembangunan bahasa perbualan biasa atau turut dipanggil mereka sebagai Natural Language Processing. Ia sedia diintegrasikan pada beberapa perkhidmatan – terutamanya pada enjin carian Google utama.

Melalui integrasi ini, ia membolehkan enjin carian memproses carian anda berdasarkan kepada pertanyaan yang ditaip, dan bukannya tertakluk kepada sesuatu terma.

Google Drive NLP

Terkini, Google turut membawa sokongan teknologi sama kepada Google Drive, sekaligus memudahkan pengguna untuk membuat carian dengan lebih mudah untuk fail-fail yang tersimpan di Google Drive.

Seperti carian Google yang lain, carian di Google Drive juga akan menjadi lebih baik berdasarkan kepada penggunaan harian pengguna.

Google akan memperkenalkan kemaskini baru ini secara berperingkat kepada semua pengguna Google Drive.


TIPS & ULASAN