Apple Dikatakan Turut Berbincang Dengan Lit Motors Untuk Pengambil-Alihan

Apple Dikatakan Turut Berbincang Dengan Lit Motors Untuk Pengambil-Alihan

Diterbitkan pada Sep 22, 2016 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, kita telah mendengar yang mana Apple sedang melihat kembali kepada projek automotif mereka, dan beberapa perubahan sedang berlaku didalamnya. Lanjutan daripadanya, hari ini kita telah mendengar yang mana Apple sedang dalam perbincangan bersama pihak McLaren untuk pengambil-alihan ataupun pelaburan strategik.

Lit Motors

Selain daripada itu, kini menurut New York Times, selain daripada McLaren, Apple juga dikatakan dalam perbincangan bersama Lit Motors.

Lit Motors merupakan syarikat yang ingin memberikan nafas baru kepada pengangkutan, dan sebelum ini telah hadir dengan kenderaan seumpama gabungan motosikal dengan kereta. Ia dikatakan Apple telah pun sedia mengambil beberapa jurutera daripada Lit Motors untuk bekerja dibawah Apple buat masa ini. Pengambil-alihan Lit Motors dikatakan mampu memberikan kelebihan kepada Apple dalam strategi dibawah arena kenderaan elektrik.

Seperti biasa, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini. Sebelum ini, McLaren telah mengatakan mereka tidak berbincang dengan Apple berkaitan pengambil-alihan dan sebagainya.


TIPS & ULASAN