Bagi anda yang sering menggunakan aplikasi navigasi, mungkin anda perasan akan dimana sokongan GPS tidak begitu tepat atau gagal berfungsi sekiranya anda berada didalam terowong atau bawah-tanah. Kini untuk mengatasi masalah berkenaan, Waze hadir dengan alternatif tersendiri – iaitu menggunakan Waze Beacons.
Waze Beacons merupakan salah satu matarah yang beroperasi menggunakan bateri, dan dipasang didalam terowong. Ia kemudiannya akan berhubung kepada telefon pintar dan tablet berasaskan kepada Bluetooth dan digunakan sebagai alternatif untuk isyarat GPS.
Waze Beacons ini perlu dipasang oleh penyedia lebuhraya atau terowong berkenaan, dan dengan adanya ia, Waze sekaligus boleh menawarkan kadar kejituan lokasi yang lebih tepat kepada pengguna – selain berkongsi keadaan trafik semasa dengan lebih baik.
- Info
- Layari : Waze Beacons