Google Pixel Dan Pixel XL Mempunyai Kemampuan Kalis Percikan Air IP53

Google Pixel Dan Pixel XL Mempunyai Kemampuan Kalis Percikan Air IP53

Diterbitkan pada Sep 22, 2016 oleh .

Kalis air dan debu ialah fungsi yang saya secara peribadi perlukan pada peranti yang digunakan. Ini adalah kerana sejak menggunakan Sony Xperia Z3 beberapa tahun yang lalu, ia menyelamatkan saya dari kos baik pulih yang mahal apabila peranti terkena percikan air.Apple iPhone 7/7 Plus yang baru dilancarkan mempunyai ketahanan IP67 manakala Samsung Galaxy S7 mempunyai ketahanan IP68 yang lebih tinggi. Kini ura-ura mengatakan peranti Google Pixel dan Pixel XL mempunyai kemampuan kalis percikan air IP53.

Berbeza dengan IP67 dan IP68, angka 3 di dalam IP53 bermaksud ketahanan dari percikan air pada sudut 60 darjah. Ia tidak tahan direndam di dalam air seperti peranti Samsung dan Apple. Pada waktu sama angka 5 pula bermaksud ia kalis habuk asalkan ia tidak terbenam.

Ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana HTC 10 turut mempunyai ketahanan IP53. Kedua-dua peranti buatan HTC ini akan dilancarkan secara rasmi 4 Oktober hadapan. Bagaimana pula dengan pembaca Amanz? Adakah kemampuan kalis air ini sesuatu yang penting bagi anda?

 


TIPS & ULASAN