Cari @ Amanz

Sekiranya anda menggemari permainan menambak hendap, siri Sniper Elite pastinya bukan nama yang asing bagi anda. Permainan ini ialah meletakkan anda sebagai seorang penembak hendap elit tentera bersekutu ketika Perang Dunia Kedua. Teknik menembak yang realistik digunakan. Sebelum picu ditarik pemain perlu mengira faktor tiupan angin, tarikan graviti dan putaran bumi. Peluru yang ditembak kemudian bergerak perlahan lengkap dengan pandangan X-Ray organ musuh yang musnah.

Harus diakui ini ialah permainan yang amat ganas tetapi cukup kami gemari. Trailer terkini untuk Sniper Elite 4 dilancarkan semalam. Ia memaparkan beberapa fungsi baru yang diperkenalkan. Antaranya ialah aksi X-Ray kecederaan yang dihasilkan apabila membunuh secara melee dan DLC percuma memaparkan Adolf Hitler. Permainan ini akan menemui peminat 14 Februari hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd