Blizzard Tidak Lagi Akan Menggunakan Nama Battle.net Untuk Perkhidmatan Atas-Talian Mereka

Blizzard Tidak Lagi Akan Menggunakan Nama Battle.net Untuk Perkhidmatan Atas-Talian Mereka

Diterbitkan pada Sep 22, 2016 oleh .

Nama Battle.net merupakan suatu nama yang tidak asing lagi sekiranya anda memainkan permainan yang diterbitkan oleh Blizzard. Melalui Battle.net, ia menawarkan integrasi permainan atas-talian, sekaligus membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan yang lain.

Battle.net

Terkini, Blizzard mengumumkan mereka tidak lagi akan menggunakan jenama Battle.net selepas ini, sebaliknya akan memanggil ia menggunakan nama Blizzard – seperti Blizzard Voice dan Blizzard Streaming sebelum ini. Battle.net sebelum ini telah digunakan pada pelbagai permainan popular, termasuk Diablo, Starcraft dan juga World of Warcraft. Permainan terkini Overwatch daripada Blizzard turut menggunakan nama berkenaan sebelum ini.

Walaupun ia tidak menggunakan jenama berkenaan, tetapi penawaran daripada pihak Blizzard adalah sama seperti biasa.

Blizzard mengatakan mereka tidak akan menggunakan jenama Battle.net tersebut kerana kadang-kala ia mengelirukan pengguna, dan pada masa yang sama ia adalah kurang efisyen kerana terpaksa memantau dua identiti pada masa yang sama.


TIPS & ULASAN