Cari @ Amanz

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman video, dan telah ditawarkan di Malaysia sejak daripada awal tahun 2016 ini. Menjadi salah satu kelebihan pada Netflix adalah penawaran program yang diterbitkan oleh mereka sendiri – tidak kira filem ataupun siri televisyen.

Terkini, bercakap mengenai sasaran mereka, Netflix menyasarkan untuk mencapai sekitar 50% daripada rancangan dan kandungan yang ditawarkan di Netfllix adalah kandungan asli yang diterbitkan khusus untuk Netflix.

Dengan adanya kandungan asli yang khusus untuk Netflix ini, ia dijangka akan meningkatkan lagi pelanggan yang melanggan perkhidmatan Netflix. Pada masa yang sama, ia sekaligus menjadikan kandungan tersebut tidak didapati pada platform lain – dan membeirkan kelebihan kepada Netflix.

Pada hari ini sendiri, Netflix mempunyai sejumlah kandungan yang menarik dan khusus untuk platform mereka, termasuk antaranya adalah Stranger Things, House of Cards, beberapa siri Marvel, dan pelbagai filem menarik.

Netflix menyasarkan untuk terus meningkatkan kandungan yang diterbitkan khusus untuk mereka ini pada tahun-tahun akan datang. Selain Netflix, perkhidmatan dari Malaysia, iaitu iFlix turut menyasarkan untuk hadir dengan program terbitan mereka sendiri tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd