Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) merupakan salah satu badan yang ditubuhkan untuk menguruskan dana dan mencapai pulangan optimum, serta digunakan untuk membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembiayaan liabiliti pencen. Terkini, sebagai salah satu pelaburan oleh KWAP, mereka telah membuat pelaburan dalam Uber.
Uber seperti ramai sedia maklum merupakan perkhidmatan yang membolehkan pengguna membuat tempahan kenderaan ke sesuatu destinasi. Ia telah beroperasi di Malaysia sejak 2014 yang lepas, dan kini meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh, Kota Kinabalu, dan Kuching.
Pelaburan pada Uber adalah pelaburan pertama KWAP pada syarikat asing, sekaligus memposisikan KWAP sebagai salah satu pelabur global dengan pelbagai portfolio dibawah mereka.
Nilai yang dilabur tidak diberitahu pihak Uber, namun, menurut TheStar, ia dikatakan bernilai sekitar RM124.2 juta.
Dengan pelaburan pada Uber ini, tidak mustahil untuk kita turut melihat KWAP melabur pada pelbagai jenis syarikat teknologi lain pada masa akan datang.
Selain KWAP, ia turut dikatakan Khazanah telah membuat pelaburan pada Uber beberapa tahun yang lepas.