Bluestacks Kini Turut Mengintegrasikan Penstriman Terus Ke Facebook Live

Bluestacks Kini Turut Mengintegrasikan Penstriman Terus Ke Facebook Live

Diterbitkan pada Sep 22, 2016 oleh .

Bluestacks merupakan salah satu perisian pelagak Android untuk komputer, sekaligus membolehkan pengguna menjalankan sejumlah aplikasi Android terus pada desktop dengan mudah. Beberapa ciri-ciri tambahan turut disertakan oleh pihak Bluestacks pada perisian mereka.

Sebelum ini, beberapa bulan yang lepas, Bluestacks telah mengintegrasikan sokongan penstriman permainan terus ke Twitch melalui perisian mereka, dan hari ini mereka terus memperluaskan penawaran dan memperkenalkan integrasi Facebook Live.

BlueStacks FB Live

Kini, anda boleh berkongsi permainan yang sedang dimainkan anda terus ke Facebook, dan turut memilih sama ada ia ditayangkan secara terbuka atau diterhadkan kepada rakan-rakan sahaja.

Bagi anda yang banyak memainkan permainan Android, mungkin boleh mencuba Bluestacks ini, sekaligus memilih untuk strim permainan terus ke Facebook – apatah lagi dengan arena permainan serta penstriman yang sedang meningkat naik dari hari ke hari ini.

Muat-Turun Bluestacks untuk komputer


TIPS & ULASAN