LinkedIn Memperkenalkan LinkedIn Learning Dalam Memudahkan Pengguna Mempelajari Dan Menambah Ilmu

LinkedIn Memperkenalkan LinkedIn Learning Dalam Memudahkan Pengguna Mempelajari Dan Menambah Ilmu

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

LinkedIn, laman sosial professional yang telah diambil-alih oleh Microsoft hari ini telah memperkenalkan sebuah fungsi baru pada laman mereka, iaitu LinkedIn Learning. Melaluinya, ia membolehkan pengguna memilih untuk mempelajari sesuatu perkara, dan mengikuti pembelajaran terus pada laman sosial professional berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, LinkedIn sebelum ini telah mengambil-alih Lynda, dan kini kandungan Lynda diintegrasikan secara terus didalam LinkedIn Learning.

LinkedIn Learning

Ketika menggunakan LinkedIn Learning ini, pengguna akan diminta untuk memilih topik dan kepakaran yang ingin ditambah, dan seterusnya kandungan berkaitan akan ditawarkan melalui LinkedIn Learning. Perkara ini sekaligus terus memudahkan lagi anda mempelajari pelbagai perkara baru yang selari dengan kepakaran dan bidang kerja anda.

Dengan integrasi sosial, anda turut boleh melihat rakan-rakan atau seseorang yang turut mempelajari perkara sama, disamping turut membolehkan anda mencadangkan sesuatu topik kepada rakan yang lain.

LinkedIn Learning ini ditawarkan pada langganan $24.99 sebulan, dan seperti biasa pengguna boleh mencubanya secara percuma untuk bulan pertama.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak LinkedIn turut mengatakan mereka kelak akan menawarkan kemaskini antaramuka untuk perkhidmatan mereka.

Layari : LinkedIn Learning


TIPS & ULASAN