#MYCYBERSALE Kembali Pada 26-30 September Dengan Lebih 600 Penjual Atas-Talian

#MYCYBERSALE Kembali Pada 26-30 September Dengan Lebih 600 Penjual Atas-Talian

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Salah satu inisiatif yang dijalankan MDEC dalam memakmurkan pembelian atas-talian disamping mempromosikan industri e-dagang adalah #MYCYBERSALE dimana kebanyakan penjual atas-talian akan menjual barangan serta perkhidmatan dengan diskaun promosi sehingga 90%. Ia telah bermula tiga tahun yang lalu pada tahun 2014 dan mempunyai pencapaian yang memberangsangkan, sekaligus membawa aktiviti tersebut untuk kembali diadakan pada tahun ini.

Bagi #MYCYBERSALE tahun ini dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, KPDNKK dan juga SMECORP, ia akan berlangsung bermula 26 September sehingga 30 September dan disertai lebih 600 vendor yang menjual barangan atas-talian. Antara vendor yang menyertainya termasuklah Shopback, Shopee, Lazada, Zalora, Lelong, 11Street, dan pelbagai lagi.

mdec-cybersale-2016-low

Malah pada tahun ini juga 4 syarikat penerbangan akan turut serta dalam tempoh ini iaitu MAS, AirAsia, Firefly dan juga Malindo Holidays. Jenama-jenama terkemuka yang popular di luar talian juga menyertainya, seperti Bonia, Kinokuniya, Anakku, Uniqlo, dan juga Guardian Pharmacy serta Caring Pharmacy.

Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk membeli sesuatu barangan, pastinya dalam tempoh aktiviti #MYCYBERSALE yang bermula pada akhir minggu ini dapat memberikan diskaun dan tawaran hebat pada anda. Sekiranya anda menggunakan aplikasi LINE, ikuti saluran rasmi MDEC untuk tawaran khusus menerusinya.

Beli-belah: #MYCYBERSALE 2016


TIPS & ULASAN