Webe Akan Dibuka Untuk Pendaftaran Umum Pada 30 September 2016

Webe Akan Dibuka Untuk Pendaftaran Umum Pada 30 September 2016

Diterbitkan pada Sep 23, 2016 oleh .

Webe merupakan salah satu syarikat telekomunikasi baru yang mana hadir sebagai penjenamaan semula daripada P1, dan kini beroperasi dibawah Telekom Malaysia. Berkongsi lanjut mengenainya, hari ini pihak Webe mengatakan perkhidmatan berkenaan akan dibuka untuk pendaftaran umum pada 30 September 2016 kelak.

Webe

Webe menggunakan rangkaian 4G tersendiri, dan turut bekerjasama dengan talian Celcom untuk sokongan rangkaian lain. Ia sebelum ini telah ditawarkan untuk beberapa pelanggan Telekom Malaysia terpilih sejak daripada 30 Jun 2016 yang lepas. Kini, selepas 3 bulan, pihak Webe mengatakan kini semua pengguna seluruh negara boleh mendaftar perkhidmatan mereka bermula 30 September 2016 ini.

Webe menggunakan rangkaian pada gelombang 850Mhz, dan memerlukan peranti yang menyokongnya untuk menggunakannya. Buat masa ini, pelan yang ditawarkan adalah RM139 untuk data dan panggilan tanpa had (dan diskaun menjadi RM79 sekiranya mempunyai peranti yang menyokong rangkaian Webe) – tetapi ia lebih kepada pelanggan yang mempunyai akaun langganan TM sedia ada. Pengguna perlu membuat pembayaran tambahan untuk menggunakan fungsi tether data ke peranti lain.

Webe akan membuka pendaftaran talian mereka melalui laman rasmi, dan kad-SIM akan dihantar terus ke rumah pengguna. Webe mengatakan pengguna boleh turut hadir ke TM Point, tetapi ia akan beroperasi dengan wakil jualan disana turut menggunakan komputer untuk membuat pendaftaran melalui laman Webe.

Webe turut mengatakan mereka akan menyokong MNP – membolehkan anda mengekalkan penggunaan nombor telefon sedia ada tetapi menggunakan rangkaian Webe. Untuk penggunaan perayauan pula, Webe menawarkan pelan RM38 untuk penggunaan sehari di kebanyakkan negara Asia Tenggar. Beberapa negara menawarkan penggunaan data tanpa had, tetapi ada juga beberapa negara yang mempunyai had penggunaan – bergantung kepada rakan kerjasama pada sesuatu negara.


TIPS & ULASAN