Carian
Samsung Galaxy On7 2016 Dilancarkan – Sebuah Lagi Peranti Dengan Snapdragon 625
September 23, 2016 Effi Saharudin

Samsung Galaxy On7 2016 dilancarkan di China hari ini. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.5″ HD penuh TFT, diperkasakan pemproses Snapdragon 625, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Terdapat sokongan untuk kad MikroSD sehingga  256 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13-Megapixel f/1.9 dan kamera selfie 8-Megapixle f/1.9. Bateri yang digunakan pula sebesar 3300 mAh dengan pengecasan pantas melalui port Mikro USB. Android Marshmallow diguanakan dengan pelancar TouchWiz.

galaxy-on7-2016-3

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam. Butang home mengandungi sistem imbasan cap jari terbina. Aneh sekali sebuah pembesar suara mono terletak pada sisi sebelah kanan peranti di atas butang kuasa. Peranti ini menyokong dua SIM bersaiz nano. Talam SIM yang digunakan tidak berkongsi dengan slot kad MikroSD.  Samsung menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas dan merah jambu. Dari segi harga pula Samsung Galaxy On7 2016 dijual pada harga RMB 1599 (~RM 988). Harga yang ditawarkan agak kompetitif. Di Malaysia peranti pesaing dengan spesifikasi setanding dijual pada harga mencecah RM 1700 sebuah.

galaxy-on7-2016-2

Komen